search jerr..!!


Sunday, 31 July 2011

HARIMAU MALAYA mesti BANGKIT..!!!!!!!!!!


Safee sedia sarung jersi kebangsaan termasuk membantu skuad negara di Sukan SEA

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali tidak mahu rakyat Malaysia terus meratapi kegagalan Harimau Malaya layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014, sebaliknya mahu semua pihak belajar daripada episod duka itu untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa depan.

Penyerang yang meledak tiga gol ketika anak buah Datuk K Rajagobal tunduk 4-6 dalam perlawanan timbal balik kepada Singapura mengakui kekalahan kepada musuh tradisi itu amat perit diterima, tetapi menegaskan ia bukan penamat dan berakhirnya masa depan Harimau Malaya.

“Saya tahu seluruh negara kecewa, tetapi perasaan itu tidak harus terus membelenggu kita. Sebaliknya, ia menuntut kita bekerja dan berusaha lebih keras lagi,” katanya yang pulang semula ke Jakarta kelmarin untuk mengikuti latihan pusat bersama kelabnya, Pelita Jaya bermula Khamis ini bagi menghadapi musim baru.

Safee yang menyuarakan kesediaan untuk terus menyarung jersi kebangsaan termasuk beraksi di Sukan SEA November ini andai dipanggil berkata, dia dan rakan sepasukan amat terharu dengan sokongan peminat setia yang membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu.

“Walaupun pasukan tewas 5-3 dalam perlawanan pertama, tetapi kehadiran puluhan ribu penyokong membuktikan keyakinan dan sokongan mereka terhadap kami tidak pernah luntur. Seluruh pasukan terharu dan pada masa sama meminta maaf kerana tidak dapat membalasnya dengan menghadiahkan kemenangan kepada mereka,” katanya.

Safee yang pertama kali berpuasa di rantau orang selaku pemain profesional mengakui teruja dan tidak sabar merasai pengalaman serta suasana baru mengerjakan ibadat itu. 


“Mungkin ada sedikit perbezaan terutama rutin latihan, tetapi saya yakin bukan masalah besar dan mampu menyesuaikan diri. Saya juga terbabit beberapa program lain yang diatur sepanjang Ramadan ini dan sudah pasti ia pengalaman yang mengujakan dan sukar dilupakan,” katanya.
 

RAJAGOBAL SENARAI SEMULA WAJAH LAMA....



Nama Farizal Marlias, Norhafiz Zamani Misbah dan Khyril Muhymeen Zambri adalah antara yang kembali tersenarai untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, menjelang beberapa aksi persahabatan antarabangsa sepanjang bulan Ogos ini - termasuk menentang Oman.

Tonggak tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie pula muncul satu-satunya wajah baru dipanggil untuk melengkapkan senarai 25 pemain, tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, berkemungkinan atas alasan kecederaan yang belum pulih.

Pertahanan Kelantan, S.Subramaniam, dan pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya pula masih gagal meyakinkan Rajagobal untuk dipanggil ke kem negara.

Kesemua pemain Harimau Muda A – Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pula tiada dalam senarai bagi membolehkan mereka menyertai skuad Olimpik yang kini ‘bertapa’ di Slovakia sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik yang dijadual bermula 21 September depan.

Justeru kehadiran semula wajah-wajah yang sebenarnya bukanlah asing dalam kem negara ini dilihat dapat menutup ketiadaan mereka setidak-tidaknya buat sementara waktu.

Berikut senarai lengkap pemain yang dikehendaki melaporkan diri kepada Rajagobal pada Rabu, 3 Ogos, jam 4 Petang.
*Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen -> Kedah
*Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim -> Selangor
*Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan -> Negeri Sembilan
*Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie -> Terengganu
*Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari -> Kelantan
*Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali -> Kuala Lumpur
*Shahrizal Mohd Saad -> Johor FC
*Faizal Muhammad -> Harimau Muda A
*Safee Sali -> Pelita Jaya
*Gugur: nasril, aidil dan 7 pemain Olimpik

Khairul Fahmi Perlu Bijak Tangani Masalah Peribadi....



“SAYA berharap dia dapat menyelesaikan masalah itu dengan cara terbaik,” kata pengurus skuad Kelantan, Azman Ibrahim berhubung keputusan mengejut penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat memutuskan tali pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, Jumaat lalu. 

Katanya, dia tidak mahu Khairul Fahmi membabitkan masalah peribadi dengan kerjayanya sehingga boleh menjejaskan prestasi selaku penjaga gol nombor satu negara.

“Saya tak nak campur tangan dalam urusan peribadinya, namun sebagai pengurus, saya mahu semua masalah dapat diselesaikan baik.

“Saya tidak mahu ia menjejaskan tumpuan. Dia harus bijak mengasingkan masalah peribadi dengan kerjaya,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Kelmarin, sebuah akhbar tabloid melaporkan Apek memutuskan pertunangannya dengan Aimie selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dengannya menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan. 

Sementara itu, ketua pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radhzi, berkata dia terkejut dengan apa yang berlaku kepada rakan sepasukannya itu. 

“Selepas membaca berita ini melalui akhbar, saya begitu terkejut dengan apa yang menimpa Apek. Saya berharap dia dapat bersabar dan tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu sehingga mengganggu prestasinya.

 
“Saya akui dia adalah seorang penjaga gol terbaik negara ketika ini dan sudah dibuktikan ketika perlawanan menentang Singapura, Khamis lalu. Sebagai rakan dalam pasukan Kelantan, saya tidak mahu perkara itu akan menjejaskan prestasinya terutamanya membantu Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.




Muslim tekad julang skuad OLIMPIK..!!muslim u r my idol..!!!arrrrrrrrrrr


TONGGAK skuad Olimpik negara, Muslim Ahmad bertekad memberi persembahan terbaik dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik, peringkat kumpulan walaupun sedar betapa saingan sengit yang bakal diterima. 

Malaysia akan berdepan ‘gelora’ daripada gergasi Asia, Jepun, Bahrain dan Syria dalam saingan Kumpulan C.
“Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi dalam pusingan kelayakan kerana sedar akan menerima saingan hebat daripada ketiga-tiga pasukan berkenaan, khasnya Jepun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Apapun, Muslim akur dia banyak belajar selepas diberi peluang beraksi bersama skuad senior negara dalam kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini. 

“Semua pengalaman ini akan saya guna sebaik-baiknya membantu pasukan Olimpik kita mencapai kejayaan dalam pusingan kelayakan Olimpik kali ini,” katanya. 

Dia turut percaya latihan sebulan di Slovakia yang sudah bermula akan menjadi persediaan awal sebelum memulakan aksi pusingan kelayakan nanti. 

Muslim yang menjadi tonggak utama skuad negara ketika menjulang Piala AFF Suzuki, tahun lalu bagaimana pun tidak mahu meletakkan sebarang sasaran dalam saingan kali ini. 
“Selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan termasuk kalah tipis 0-1 kepada Chelsea, saya yakin dengan kemampuan barisan pertahanan skuad Olimpik. Bagaimana pun, saya dan rakan sepasukan akan bermain bersungguh-sungguh dan diharapkan kita mampu untuk mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan,” katanya. 

*Sumber Berita Harian


Di bawoh ni ade beberape gambor MOHD MUSLIM AHMAD..!!!(hemsem x)


mase latihan utk perlawanan ngan singapura........(x silap rrr)

sebelum MODH MUSLIM AHMAD botak kan kepalenyerr,..!!hemsem siott




Penjaga Gol Singapura Dapat Tawaran Berlakon KL Gangster 2 (lawak semate2)



ah power tak? so korang nak support tak filem baru ni? jom support ramai-ramai...!!!

Insaflah Pembaling Mercun dalam Stadium,Buta Tak Sempat Tengok Bola..!!

Atoiiiiiinyerrrr,ape dah jadi nie...sampai bute maye anok org ni..!!!dah2 larhh 2 main bling2 mercun dlm stadium..x de paedah btol larrhh main menatang 2..!!!tngok kan dah bute mate ank org kat atas ni..??!!ish3..
Insaflah Pembaling Mercun,Sebelum anda Dinsafkan..!!!

Selamat Berpuasa..2011..

tgok arr klip video kat atas ni bersemangat GILERRRRR nak pose..!!!!lg beberape jam lagi dah nak bulan RAMADHAN..!!!!!!!


Selamat menunaikan ibadah puasa bagi yang Islam dan ingatlah kita sebagai umat Islam WAJIB untuk berpuasa..Kalau tak puasa tu, dosa hukumnya..Ingat tau!
POSE JGN X POSE LAXX.!!!!
PEACEzzzzz NO WARR..!!??
SELAMAT BERPUASE YERRR...

Saturday, 30 July 2011

Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang..!!!!!!!!!!!!!


Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu)  lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.
Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
Adoyaiiiii,mcm mne bleh jadi cam nie...!!!!keciannyerrrr....haishhhhhh...

Sukar terima alasan kekalahan..!!??





Kenyataan bahawa kekalahan Malaysia kepada Singapura pada Kelayakan Piala Dunia Khamis lalu sebagai tidak membimbangkan, sukar untuk diterima oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, alasan bahawa sasaran sebenar Harimau Malaya ialah pada Piala Asia 2015, tidak wajar,

Ini kerana, kata Annuar Kelayakan Piala Dunia adalah kejohanan paling penting bagi semua negara yang menganggotai badan bola sepak dunia FIFA, kerana ia menjadi kayu ukur kemampuan sesebuah negara.

"Saya bukan bercakap untuk kita menang Piala Dunia, tetapi sejauh mana kita mampu mara kerana kita telah mencuba 11 kali untuk melayakkan diri ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia.

"Namun sehingga kini kita masih gagal, jadi kita tidak boleh rasa puas hati.

''Kita kena terima hakikat dan jangan takut untuk menyatakan prestasi skuad kebangsaan belum matang sepenuhnya tambahan kita sukar hendak mencapai kemenangan di tempat lawan.

"Kelayakan Piala Asia masih jauh dan jangan jadikan Kelayakan Piala Asia 2015 dijadikan keutamaan sebagai alasan kegagalan kita melepasi halangan Singapura tempoh hari," katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia tersingkir pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia apabila tewas 4-6 secara agregat kepada Singapura, setelah seri 1-1 pada pertembungan kedua Khamis lalu.

Mengulas kehampaan tersebut, Annuar berkata, kegagalan tidak seharusnya dipikul oleh jurulatih Datuk K. Rajagobal sahaja, tetapi ia menjadi tanggungjawab FAM juga.

"FAM juga perlu bertanggungjawab kerana mereka yang mengaturkan persediaan pasukan sebelum menghadapi sesuatu kejohanan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Annuar bersetuju dengan pandangan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa pemain skuad kebangsaan ketika ini harus dikekalkan.

"Mereka semua masih muda, itu kelebihan yang saya nampak pada pasukan ini.

"Saya yakin dengan pendedahan banyak lagi perlawanan, pasukan ini mampu mara jauh, " katanya.

Mengenai Rajagobal, beliau berkata, segala keputusan hanya akan terjawab pada mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan yang akan dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai kedudukan Rajagobal kerana ia perlu diperbincangkan oleh semua exco sebelum kita membuat apa-apa keputusan.

"Tarikh mesyuarat belum diputuskan lagi, jadi saya tidak boleh ulas lanjut perkara ini," katanya.

*Sumber Utusan Malaysia 

iNFO KFCM..!!






NAMA: Khairul Fahmi Che MatASAL: KelantanUMUR: 22 tahunPENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010
  • Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006

  • Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super

  • Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki

  • Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.

  • Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini

  • (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya
  • Tiada Orang Ketiga..!!Kecian KFCM..!!!


    KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.
    Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.
    Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

    Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

    Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.
    “SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

    Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

    Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

    Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

    Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

    Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

    Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

    Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

    Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

    Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

    Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

    Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

    Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

    Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

    Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

    Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

    Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

    Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

    Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

    Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat & Aimie

    Gambar Pertunangan Khairul Fahmi & Elia Bertemakan Arab
                                                               sweet sangat..!!!!
    tngok klip video kat bawah ni..!!!sweet gilerrrr..!!!



    SKANDAL KHAIRUL FAHMI CHE MAT & DAHLIA TECK..!!!!PANASSSS..!!!


    Isu panas khairul fahmi che mat curang dan sudah ada skandal atau kekasih baru bernama dahlia teck. Khairul fahmi baru-baru ni sudah tidak begitu mesra dengan tunangnya Aimie  Harmelia. Dipercayai skandal baru tersebut merupakan punca kepada masalah perhubungan mereka. Tunangnya juga meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman facebook mengenai sikap khairul fahmi yang semakin teruk. Khairul fahmi juga didakwa telah pun kantoi selalu keluar makan bersama skandal baru, Dahlia Teck sambil berpegangan tangan. Selain tu, khairul fahmi juga didakwa belikan kasut baru untuk dahlia teck.
    Ni la gambar skandal baru khairul fahmi che mat tu yang bernama Dahlia Teck
    Ni luahan perasaan rasa tidak puas hati tunang khairul fahmi, Aimie Harmelia terhadapnya di laman facebook

    Saturday, 23 July 2011

    my Favourite SonG..!!!!!

    I’m so glad you made time to see me
    How’s life, tell me how’s your family?
    I haven’t seen them in a while

    You’ve been good, busier than ever
    We small talk, work and the weather
    Your guard is up and I know why

    Because the last time you saw me 
    I still burned in the back of your mind
    You gave me roses and I left them there to die

    So this is me swallowing my pride
    Standing in front of you saying I’m sorry for that night
    And I go back to December all the time
    It turns out freedom ain’t nothing but missing you 
    Wishing I’d realized what I had when you were mine 
    I’d go back to December turn around and make it all right
    I’d go back to December all the time

    These days I haven’t been sleeping 
    Staying up playing back myself leaving 
    When your birthday passed and I didn’t call

    Then I think about summer all the beautiful times
    I watched you laughing from the passenger side
    And realized I loved you in the fall

    And when the cold came, the dark days
    When fear crept into my mind
    lyricsalls.blogspot.com
    You gave me all your love and all I gave you was goodbye

    So this is me swallowing my pride
    Standing in front of you saying I’m sorry for that night
    And I go back to December all the time
    It turns out freedom ain’t nothing but missing you 
    Wishing I’d realized what I had when you were mine 
    I’d go back to December turn around and change my own mind
    I’d go back to December all the time

    I miss your tan skin, your sweet smile, so good to me, so right
    And now you held me in your arms that September night
    The first time you ever saw me cry

    Maybe this is wishful thinking
    Probably mindless dreaming 
    If you loved again I swear I’d love you right 

    I’d go back in time and change it but I can’t
    So if the chain is on your door, I understand

    But this is me swallowing my pride
    Standing in front of you saying I’m sorry for that night
    And I go back to December
    It turns out freedom ain’t nothing but missing you 
    Wishing I’d realized what I had when you were mine 
    I’d go back to December turn around and make it all right
    I’d go back to December turn around and change my own mind
    I’d go back to December all the time

    All the time.....

    Senarai Nama Pemain Malaysia



    Senarai pemain malaysia:
    Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee dan Mohd Nasril Nordin.
    Forward/Penyerang: Safee Sali, Abdul Hadi Yahya, Ashaari Shamsudin, Fakri Saarani dan Izzaq Faris Ramlan.
    Midfield/Tengah: Safiq Rahim(kapten), Shakir Shaari, Amar Rohidan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, S.Kunanlan, Baddrol Bakhtiar dan K.Gurusamy.
    Defend/Pertahanan: Aidil Zafuan Radzak, Mohd Muslim Ahmad, Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli, Azmi Muslim, Rizal Fahmi dan Helmi Remli.

    Keputusan Malaysia vs Singapura (1st leg)


    Full Time...

    MALAYSIA 3 VS SINGAPURA 5

    Jaringan:
    • Safee sali 1′ (M)
    • Aleksandar Duric 7 (S)
    • Qiu Li 21 (S)
    • Mustafic Fahrudin 43 (S)
    • Shahril Ishak 45( S)
    • Abdul Hadi 68 (M)
    • Safee Sali 70 (M)
    • Aleksandar Duric 80 (S)
    Petikan surat kabo..!!
    Malaysia tidak akan bergantung pada rekod masa lalu tetapi akan menentang Singapura habis-habisan dalam perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini, Sabtu.

    Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal berkata beliau sangat positif dengan skuadnya tetapi tidak akan membandingkan pencapaian skuad kebangsaan ketika menentang Singapura di masa lalu.

    "Mesti difahami bahawa kita kini mempunyai situasi dan pemain yang berbeza. Kita hanya perlu memikirkan tentang apa yang akan kita lakukan esok dan bukan rekod masa lalu," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

    Beliau berkata Harimau Malaya akan cuba "membunuh" Singa Singapura di padang mereka sendiri tetapi pada masa yang sama berkata pihak lawan perlu dihormati dan tidak boleh dipandang rendah.

    Rajagobal mahu anak buahnya memberi komitmen 100 peratus sebagai sebuah pasukan dan tidak mempersia-siakan sebarang peluang yang ada untuk menghasilkan gol.

    Ketua pasukan Shafiq Rahim pula berkata beliau dan rakan-rakannya tidak memikirkan perkara lain tetapi hanya mahu layak ke pusingan seterusnya..!!!!






    Singapura (4) - (1) Malaysia
    Separuh masa Pertama|Keputusan semasa

    Popular Posts