search jerr..!!


Saturday, 20 August 2011

Khabo angin Bulan Pusing Atas Kaabah ,! ish3


Hari ini sudah 20 Ramadhan…begitu pantas masa berlalu. Ramadhan kian menuju akhirannya. 10 hari akhir ini kian sibuk.. PERSIAPAN EIDUL FITRI semakin rancak. KEMERIAHAN berbelanja untuk HARI RAYA kian MEMUNCAK!!
10 malam akhir menjanjikan ‘MALAM HIKMAH’ 1000 BULAN! Ada yang sibuk mencarinya.. ada yang sibuk ‘cakap-cakap’ sahaja. Ada yang PASRAH menanti hadirnya MALAM AGUNG..
Tiba-tiba.. semalam, ramai yang HEBOH dengan sms dari Dato’ M – katanya Pakar Astrologi (astrologi?) yang kononnya MALAM ini ada fenomena LANGKA di langit atas Kaabah yang terakhir berlaku 10 juta tahun lalu – maka ‘KATANYA’ ia masa mustajab berdoa dan sebagainya..
                           MALAYSIA KENA AUTA BULAT-BULAT!!
Dalam masa yang singkat.. sms ini KECOH! Laman FB dan WEB HEBOH!! Hingga ramai yang me’google’ nak cari info.. cari fakta BULAN PUSING ATAS KAABAH dan sebagainya!! Ramai juga yang tersesat ke blog ini.. mungkin kerana kisah ini.

Hem… hairan!! Jika info karut yang entah bersumberkan dari mana tu, cepat sekali tersebar. Kalau info SAHIH dan DAKWAH tak pula begitu.

Kalaulah ‘khabar-khabar’ yang saya kongsikan sebelumnya dilayan sebegini.. tentu ramai yang dah dapat manfaatnya…


Betapa tidak, tahun ini sahaja.. macam-macam ‘CERITA ALAM’ yang bukan kebetulan tapi seumpama ‘PETUNJUK ALAM’ telah dipertontonkan. Banyak kisah telah dikongsi.. di blog mahupun di FB untuk mereka yang mahu dan mencari. Pun amat kurang sekali disebarkan.. malah, tak diendah atau masih bersikap “ADA AKU KESAH??” !!
        (Kekadang.. rasa MALAS itu menebal… bosan dengan sikap!)


No comments:

Post a Comment

Popular Posts