Sunday, 31 July 2011
Khairul Fahmi Perlu Bijak Tangani Masalah Peribadi....
“SAYA berharap dia dapat menyelesaikan masalah itu dengan cara terbaik,” kata pengurus skuad Kelantan, Azman Ibrahim berhubung keputusan mengejut penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat memutuskan tali pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, Jumaat lalu.
Katanya, dia tidak mahu Khairul Fahmi membabitkan masalah peribadi dengan kerjayanya sehingga boleh menjejaskan prestasi selaku penjaga gol nombor satu negara.
“Saya tak nak campur tangan dalam urusan peribadinya, namun sebagai pengurus, saya mahu semua masalah dapat diselesaikan baik.
“Saya tidak mahu ia menjejaskan tumpuan. Dia harus bijak mengasingkan masalah peribadi dengan kerjaya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, sebuah akhbar tabloid melaporkan Apek memutuskan pertunangannya dengan Aimie selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dengannya menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan.
Sementara itu, ketua pasukan The Red Warriors, Mohd Badhri Radhzi, berkata dia terkejut dengan apa yang berlaku kepada rakan sepasukannya itu.
“Selepas membaca berita ini melalui akhbar, saya begitu terkejut dengan apa yang menimpa Apek. Saya berharap dia dapat bersabar dan tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu sehingga mengganggu prestasinya.
“Saya akui dia adalah seorang penjaga gol terbaik negara ketika ini dan sudah dibuktikan ketika perlawanan menentang Singapura, Khamis lalu. Sebagai rakan dalam pasukan Kelantan, saya tidak mahu perkara itu akan menjejaskan prestasinya terutamanya membantu Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Senarai pemain malaysia: Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee dan Mohd Nasril Nordin. Forward/Penyerang: Safee Sali, Ab...
-
hurrmmmmm...ni larrhh best frenn aqu,name dye Nur Hasanah....kite org ni dri skola rendah asyik bekepit jerrrrr..???!!tapi sejak skolah mene...
-
TONGGAK skuad Olimpik negara, Muslim Ahmad bertekad memberi persembahan terbaik dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik, peringkat kumpulan w...
-
Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia ...
-
kelihatan 2, 3 orang terlambung sejauh 100 meter di tepi Jalan Tun Perak di sekitar Kuala Lumpur . pemandangan seperti itu sudah biasa dil...
-
KL Gangster dtang lagi dgn komik terbaru mereka..!!!!!! hahahahaha... adoiiiiyaii lawak2..!!!
-
Isu panas khairul fahmi che mat curang dan sudah ada skandal atau kekasih baru bernama dahlia teck. Khairul fahmi baru-baru ni sudah tidak ...
-
Lama jugak aku tak taip something berkaitan dengan blogging ni. Dulu selalu ah taip (taip ke tulis?) pasal blogging ni tapi sampai 1 tahap t...
-
Atoiiiiiinyerrrr,ape dah jadi nie...sampai bute maye anok org ni..!!!dah2 larhh 2 main bling2 mercun dlm stadium..x de paedah btol larrhh ma...
-
Full Time... M A L A Y S I A 3 VS S I N G A P U R A 5 Jaringan: Safee sali 1′ (M) Aleksandar Duric 7 (S) Qiu Li 21 (S) Mustafic Fahrud...
No comments:
Post a Comment