Saturday, 30 July 2011
Sukar terima alasan kekalahan..!!??
Kenyataan bahawa kekalahan Malaysia kepada Singapura pada Kelayakan Piala Dunia Khamis lalu sebagai tidak membimbangkan, sukar untuk diterima oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, alasan bahawa sasaran sebenar Harimau Malaya ialah pada Piala Asia 2015, tidak wajar,
Ini kerana, kata Annuar Kelayakan Piala Dunia adalah kejohanan paling penting bagi semua negara yang menganggotai badan bola sepak dunia FIFA, kerana ia menjadi kayu ukur kemampuan sesebuah negara.
"Saya bukan bercakap untuk kita menang Piala Dunia, tetapi sejauh mana kita mampu mara kerana kita telah mencuba 11 kali untuk melayakkan diri ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia.
"Namun sehingga kini kita masih gagal, jadi kita tidak boleh rasa puas hati.
''Kita kena terima hakikat dan jangan takut untuk menyatakan prestasi skuad kebangsaan belum matang sepenuhnya tambahan kita sukar hendak mencapai kemenangan di tempat lawan.
"Kelayakan Piala Asia masih jauh dan jangan jadikan Kelayakan Piala Asia 2015 dijadikan keutamaan sebagai alasan kegagalan kita melepasi halangan Singapura tempoh hari," katanya ketika dihubungi semalam.
Malaysia tersingkir pada Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia apabila tewas 4-6 secara agregat kepada Singapura, setelah seri 1-1 pada pertembungan kedua Khamis lalu.
Mengulas kehampaan tersebut, Annuar berkata, kegagalan tidak seharusnya dipikul oleh jurulatih Datuk K. Rajagobal sahaja, tetapi ia menjadi tanggungjawab FAM juga.
"FAM juga perlu bertanggungjawab kerana mereka yang mengaturkan persediaan pasukan sebelum menghadapi sesuatu kejohanan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Annuar bersetuju dengan pandangan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa pemain skuad kebangsaan ketika ini harus dikekalkan.
"Mereka semua masih muda, itu kelebihan yang saya nampak pada pasukan ini.
"Saya yakin dengan pendedahan banyak lagi perlawanan, pasukan ini mampu mara jauh, " katanya.
Mengenai Rajagobal, beliau berkata, segala keputusan hanya akan terjawab pada mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan yang akan dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
"Saya tidak boleh mengulas mengenai kedudukan Rajagobal kerana ia perlu diperbincangkan oleh semua exco sebelum kita membuat apa-apa keputusan.
"Tarikh mesyuarat belum diputuskan lagi, jadi saya tidak boleh ulas lanjut perkara ini," katanya.
*Sumber Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Senarai pemain malaysia: Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Sharbinee Allawee dan Mohd Nasril Nordin. Forward/Penyerang: Safee Sali, Ab...
-
hurrmmmmm...ni larrhh best frenn aqu,name dye Nur Hasanah....kite org ni dri skola rendah asyik bekepit jerrrrr..???!!tapi sejak skolah mene...
-
TONGGAK skuad Olimpik negara, Muslim Ahmad bertekad memberi persembahan terbaik dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik, peringkat kumpulan w...
-
Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia ...
-
kelihatan 2, 3 orang terlambung sejauh 100 meter di tepi Jalan Tun Perak di sekitar Kuala Lumpur . pemandangan seperti itu sudah biasa dil...
-
KL Gangster dtang lagi dgn komik terbaru mereka..!!!!!! hahahahaha... adoiiiiyaii lawak2..!!!
-
Isu panas khairul fahmi che mat curang dan sudah ada skandal atau kekasih baru bernama dahlia teck. Khairul fahmi baru-baru ni sudah tidak ...
-
Lama jugak aku tak taip something berkaitan dengan blogging ni. Dulu selalu ah taip (taip ke tulis?) pasal blogging ni tapi sampai 1 tahap t...
-
Atoiiiiiinyerrrr,ape dah jadi nie...sampai bute maye anok org ni..!!!dah2 larhh 2 main bling2 mercun dlm stadium..x de paedah btol larrhh ma...
-
Full Time... M A L A Y S I A 3 VS S I N G A P U R A 5 Jaringan: Safee sali 1′ (M) Aleksandar Duric 7 (S) Qiu Li 21 (S) Mustafic Fahrud...
No comments:
Post a Comment