search jerr..!!


Thursday, 25 August 2011

Komik KL Gangster..!!fuyoooooo~

KL Gangster dtang lagi dgn komik terbaru mereka..!!!!!!
hahahahaha...
adoiiiiyaii
lawak2..!!!

Saturday, 20 August 2011

Cara untuk dapatkan follower blog .!!

Lama jugak aku tak taip something berkaitan dengan blogging ni. Dulu selalu ah taip (taip ke tulis?) pasal blogging ni tapi sampai 1 tahap tu aku bosan jadi aku stoplah sekejap..

"Hurmm so kali ni nak tulis pasal apa eh.." Tengah fikir tu, aku check hitstat then ternampak keyword -cara dapatkan follower blog. Ok tulis jelah pasal ni. Bedal jelah. Dari aku brainstorming giler babeng silap-silap tertidur langsung tak dapat apa- apa.. Har har..

                                                                   ++++++++++

Perihal follower

Follower ni macam korang tahu, pembaca yang follow blog kita sekiranya diaorang tertarik dengan beberapa aspek yang ada kat blog kita.. Diaorang jugak akan jadi salah 1 sumber trafik untuk blog kita..


"Jadi macam mana nak dapatkan follower blog tu kid.. Macam mana nak buat pembaca klik button follower? Macam mana macam mana macam mana??" 

Ok berbalik pada tajuk. Sebenarnya sebelum ni, ada beberapa blog yang kasi tips macam mana nak dapatkan follower blog. Tapi aku tak setuju dengan tips-tips tu sebab tak berkesan pun : 

FAILED : Cara untuk dapatkan follower blog #1 = Blogwalking kat shoutbox

Blogwalking sekadar tinggalkan jejak "Hye singgah sini" kat shoutbox. Cara ni sebenarnya salah 1 cara untuk naikkan trafik je.. Bila guna cara macam ni, blogger memang akan masuk ke blog kita tapi dia takkan baca entri.. Sekadar say "hye", pacak link kat shoutbox then terus blah cari blog lain. Datang dan pergi macam tu je. 

The truth is.. 

Kalau blogwalking dengan cara baca entri lepas tu komen, yes. Kemungkinan besar blog kita akan di-follow sebab owner blog tu akan singgah balik ke blog kita dan baca entri kita. Kalau entri tu best, dia akan follow. 

FAILED : Cara untuk dapatkan follower blog #2 = i follow u, u follow me. Win-win situation

Derm.. Win-win situation pekebenda.. Pada aku yang follow guna konsep macam ni sekadar nak blog yang nampak gah dengan follower yang banyak.. Sory to say. Guna konsep macam ni mungkin boleh dapat 10 ribu follower dalam masa yang singkat tapi apa guna maa? Kalau trafik blog lu 10 uv je sehari? Apa guna kalau entri lu takde orang baca? 



SERIOUS.. This is the REAL way..

Dari apa yang aku perhati dan dari apa yang aku buat sebagai follower, follower ni follow sesatu blog tu berdasarkan salah 1 sebab ni : Template cantik menarik unik atau entri yang best atau kedua-duanya sekali. Dan yang baru aku perasan, backlink dari entri atau dari mulut ke mulut. 

Template cantik menarik unik

Manusia memang suka benda cantik-cantik ni. Atas sebab tu jugaklah kalau template satu-satu blog tu cantik menarik unik, ada sesetengah follower ni terus je klik follow tanpa baca entri dulu. 

Tapi kalau korang tak dapat create template yang awesome, janganlah down pulak.. Pada aku, memadailah kalau template tu kemas, takde color clash.. Jenis minimalist pun ok je. 

Entri yang best 

Entri sebab utama sesatu blog tu di-follow. Kalau entri tu bestlah pada pembaca. Macam mana entri tu dikatakan best? Ekceli jawapan untuk soalan ni subjektif. Kalau aku tanya korang, korang mungkin jawap lain. Kalau korang tanya aku, aku akan jawap lain.. Sebab taste kita tak sama.

Kalau dari pandangan aku sebagai pembaca, entri yang berupaya buat aku berfikir, yang menyelesaikan masalah aku, atau menghiburkan aku bagi aku best.. Bagi aku la.. Contoh paling senang tengok je blog realiti konspirasi tu. Sempoi santai lawak entri beliau. Sekali update, online counter dengan jumlah komen cecah ratus-ratus.

Macam mana boleh jadi macam tu? Sebab entri dia best. 

Aku percaya kalau entri korang tu korang target untuk menyelesaikan masalah pembaca, atau buat pembaca berfikir, atau untuk hiburkan hati pembaca, secara automatis pembaca akan klik follow. Kalau tak klik follow, diaorang pasti akan bookmark blog korang. Gentle aku cakap.

Backlink dari entri atau dari mulut ke mulut 

Point ni pasti akan terjadi kat korang kalau blog korang memang femes.. 1 contoh kat sini, kalau korang buat entri  "Terima kasih ______ (nama blogger, blog) !!". Dalam entri tu korang confirm akan terangkan kelebihan blog tu kan.. Kalau keburukkan baik lu tak payah berblog. Har har..

Jadi bila pembaca datang baca entri tu, apa yang ada dalam fikiran diaorang ialah :

"Ni blog celah semak mana ni.. Aku tak pernah baca pun.. Best sangat ke?"

Sama jugak backlink dari mulut ke mulut. Maksud aku ialah, blog korang jadi bahan bualan.

"Eh kau pernah dengar tak blog _________ (nama blog) ni? Orang cakap best..." 

"Eh, kau pernah baca tak blog aqilah zurin? Serius best doh entri dia! Hari-hari aku mengadap baca!" 

"Der lu jangan nak up diri sendiri lak.. Kang sakit lu dapat, malu pun lu dapat.. " 

Har har har.. Tapi betul tak pe aku cakap.. Korang mesti pernah bual benda yang sama betul tak? Pendek kata, pembaca/pendengar akan diselubungi rasa ingin tahu yang sangat tinggi terhadap blog yang korang mentioned tu. So tanpa berlengah masa dia akan terjah blog tu dan terus follow.

                                                                        ++++++++

So kesimpulan dia, template yang cantik menarik unik, entri yang best plus backlink dari entri atau dari mulut ke mulut dijamin akan membuatkan pembaca klik follow. Tapi janganlah korang fikirkan bila nak bertambah follower atau etc.. Fokus je pada 2 point kat atas secara automatiknya blog korang dapat follower. Ok? Orait aku nak pergi berak jap..

Khabo angin Bulan Pusing Atas Kaabah ,! ish3


Hari ini sudah 20 Ramadhan…begitu pantas masa berlalu. Ramadhan kian menuju akhirannya. 10 hari akhir ini kian sibuk.. PERSIAPAN EIDUL FITRI semakin rancak. KEMERIAHAN berbelanja untuk HARI RAYA kian MEMUNCAK!!
10 malam akhir menjanjikan ‘MALAM HIKMAH’ 1000 BULAN! Ada yang sibuk mencarinya.. ada yang sibuk ‘cakap-cakap’ sahaja. Ada yang PASRAH menanti hadirnya MALAM AGUNG..
Tiba-tiba.. semalam, ramai yang HEBOH dengan sms dari Dato’ M – katanya Pakar Astrologi (astrologi?) yang kononnya MALAM ini ada fenomena LANGKA di langit atas Kaabah yang terakhir berlaku 10 juta tahun lalu – maka ‘KATANYA’ ia masa mustajab berdoa dan sebagainya..
                           MALAYSIA KENA AUTA BULAT-BULAT!!
Dalam masa yang singkat.. sms ini KECOH! Laman FB dan WEB HEBOH!! Hingga ramai yang me’google’ nak cari info.. cari fakta BULAN PUSING ATAS KAABAH dan sebagainya!! Ramai juga yang tersesat ke blog ini.. mungkin kerana kisah ini.

Hem… hairan!! Jika info karut yang entah bersumberkan dari mana tu, cepat sekali tersebar. Kalau info SAHIH dan DAKWAH tak pula begitu.

Kalaulah ‘khabar-khabar’ yang saya kongsikan sebelumnya dilayan sebegini.. tentu ramai yang dah dapat manfaatnya…


Betapa tidak, tahun ini sahaja.. macam-macam ‘CERITA ALAM’ yang bukan kebetulan tapi seumpama ‘PETUNJUK ALAM’ telah dipertontonkan. Banyak kisah telah dikongsi.. di blog mahupun di FB untuk mereka yang mahu dan mencari. Pun amat kurang sekali disebarkan.. malah, tak diendah atau masih bersikap “ADA AKU KESAH??” !!
        (Kekadang.. rasa MALAS itu menebal… bosan dengan sikap!)


Friday, 12 August 2011

Hurmmmmmmmmmmmmmmmm



Gosip2 panas : Safiq Rahim dipancing kelab di Indonesia, Safee Sali di kelab Bundesliga Jerman, Amirul Hadi salah satu kelab Liga Japan dan Persib Bandung..Kini Baddrol Bakhtiar telah diberi tawaran oleh Wigan Athletic untuk menjalani sesi latihan PERCUBAAN..Siapa kata pemain bolasepak Malaysia tidak boleh bermain di Eropah??ura2 mengatakan ranking negara dlm 70 dunia baru boleh main disana..bagaimana pula dgn pemain Wales yg ke 112 dunia??hampir 16 pemain utama mereka bermain di EPL..Togo ke 123 dunia..Adebayor tu cmne lak??so banyak faktor lain boleh diambil kira untu bermain disana selain ranking dunia..kalau betul2 menjadi kenyataan..Alhamdulillah.. 

TOP 3 dalam otak aq ,.

TOP 1

best gilerr lagu ni..!!kalo kowang x cayer ce bukak klip video nie,,..!!!!
                                                                        
 TOP 2


lagi nie pon best jgax..!!sweet gilerr larrhh lagu ni..??!!lagu ni utk 
Gina Hasanah ....

TOP 3

lagu ni lagi best..!!dengor larrhhh,kalo x nak sudah..pegi main jauh2..!!!!SMILE

Friday, 5 August 2011

Wooopss,Sape Yang Berpegang Tangan Dengan Dahlia Teck Ni.! MACAM ???



berita tentang Khairul Fahmi sudah reda sedikit saat ini, namun mungkin dengan kehadiran gambar ini akan memanaskan kembali cerita yang timbul diantara Dahlia Teck dan Apek ini
ohbulan ada menerima gambar Dahlia Teck yang sedang bercuti, kat mana aku pun tak tau, tapi melalui gambar tersebut ada satu gambar dimana Dahlia Teck berpegang tangan dengan seorang lelaki
siapakah lelaki itu? aku pon tak tau..korang tekalah sendiri bila tengok gambar kat bawah nie..
agak-agak lah siapa lelaki itu? korang teka lah sendiri OKEYYY..!!!

PART 2 MAEL LAMBUNG vs AH CHAI .!


kelihatan 2, 3 orang terlambung sejauh 100 meter di tepi Jalan Tun Perak di sekitar Kuala Lumpur . pemandangan seperti  itu sudah biasa dilihat oleh orang ramai jika Mael Lambung muncul . kelihatan Mael Lambung keluar dari celah bangunan dengan perasaan puas hati .  

begitulah modus operandi Mael Lambung semasa menarik kereta . siapa yang ingkar akan dilambung nya jauh2 . tetapi sehebat dan seganas mana pun Mael Lambung,  peristiwa hitam masih lagi menyelubungi diri nya . dia pernah di lambung masuk ke dalam lokap gara2 menarik Kereta Polis yang parking di tepi jalan . menyesal tak sudah mael keika itu . ibu bapa Mael Lambung setiap hari melawat nya di penjara dan mengirim kan makanan kegemaran Mael iaitu koko krunch . begitu sayang nya keluarga Mael kepada nya 'Bagai Melambung Minyak Yang Penuh' .

sejak keluar dari penjara Mael amat trauma menarik kereta berwarna putih . takut kejadian lama berulang . Tetapi gara2 keberanian Mael Lambung menarik kereta polis itu lah dia dilantik sebagai Abang Kawasan di sekitar Kuala Lumpur .



"ikan...ikan...ikan..." jerit Ah Chai di pasar pagi . tiba2 seorang amoi comel lalu di depan kedai nya .
"budak kecik mahu dodoi,  
                     ohoii amoi mali la sini beli ikan aku adoiii..."
tersipu2 malu amoi berlalu di depan Ah Chai . bukan pantun Ah Chai yang membuat kan amoi itu senyum . tetapi terasa kelakar bila seorang gangster menjual ikan . kadang kadang Ah Chai perasan pandangan sinis orang2 sekeliling di pasar itu melihat dia meniaga . walaubagaimanapun Ah Chai tidak sedikit pun terasa hati kerana dia perlu bekerja keras semenjak dilantik Ketua Gangster di kawasan Pasar Seni Kuala Lumpur . hasil duit itulah dia gunakan untuk membayar gaji konco2 dan anak2 buah nya .


tiba2 makcik kedai sebelah Ah Chai yang lebih dikenali sebagai Mak Cik 2020 menyapa . "Chai kau ni muka dah gangster tapi jual ikan....pun adoi" . Ah Chai menjawab dengan marah . " Mak Cik 2020 jangan lah nak mengejek kan aku ni haa...aku ni tidak lah mahu dituduhi kan mengurang ajar dengan Mak Cik nye . ok pe aku jual ikan ni adoi . mak cik tu yang menjual kan i phone dan android dekat pasar pagi ni kenapa .??
orang melayu ada kata in pun

                        "paku dulang paku serpih,
                                       makcik mengata aku, tapi makcik yang terlebih sudah....adoi"

Mak Cik 2020 tersentap dengan amarah Ah Chai itu . terpaksa mak cik mendiam kan diri kerana takut Ah Chai berpantun dalam bahasa cina pulak . khabar angin yang makcik 2020 dengar dulu menguatkan lagi persepsi nya terhadap Ah Chai . dulu tersebar gosip yang mengatakan Ah Chai berjaya mengalahkan Ketua Gangster Sentul dengan hanya berpantun . hebatnya Ah Chai .  tanpa berfikir panjang makcik tu pun buat2 sibuk menyusun iphone dan android nye sambil jari jemari nya pantas menaip papan kekunci di laptop Apple nya . mengupdate blog agak nya .
bersambung.....


Kisah Mael Lambung Dan Ah Chai Part 1...


korang tahu ke kisah di sebalik pergaduhan MAEL LAMBUNG dan AH CHAI . bagi yang mengikuti program Maharaja Lawak mesti dah kenal dengan dua watak ini . sapa yang tak tengok lagi tu korang beruntung dapat singgah kat entry gua ni . sebab tak payah susah2 tgk 13 episod Maharaja Lawak, korang baca cerita aku ni pun dah faham . ahaha .
~EPISOD TERAWAL~
*****cerita bermula ketika diorang masih kecil *****
kelihatan riuh rendah di padang Sekolah Rendah Tak Tingi-Tinggi pada pagi yang hening itu . hari ini sukaneka sekolah berlangsung dengan meriah nya . kelihatan Mael sedia untuk membaling belon kepada rakan sekelas nya  dalam acara yang diberi nama Lu Salah Lu Basah .
tetapi fokus mael tiba2 hilang dek kerana terpandang awek comel memakai baju kurung sedang menyikat rambut di tepi padang . Rakan Mael menjerit ” Mael lambung lah belon tu…lambung la” . kawan Mael semakin marah . “Mael…lambung…cepat lambung..” . Mael masih lagi tak mengalih pandangan nye dari awek itu . Akhirnya kelas Mael mendapat tempat terakhir dalam acara itu gara2 Mael masih lagi memegang belon walaupun acara sudah habis sejam yang lalu .
Mael pun dilambung oleh rakan nya yang sedang marah itu ke dalam longkang . mael cedera di pipi . sampai hari ini parut itu masih kekal di pipi nya . ramai orang telah menyaksikan kejadian itu . “kesian Mael kena lambung dalam longkang sebab tak lambung belon kat kawan dia” . sejak dari hari tu nama Mael Lambung sering di sebut2 selepas kejadian perlambungan itu . Mael diberhentikan sekolah selepas pengetua sekolah mendakwa parut di pipi nya menakutkan rakan2 yang lain .



“Mummy Ah Chai piligi skulah dulu kan adoii…” tergelak mama Ah Chai mendengar pelat anaknya itu walaupun tiap2 hari dia menyebut benda yang sama . ibu mana yang tak sayangkan anak dia . berlari2 Ah Chai dengan uniform putih serta berseluar pendek mendapatkan basikal chopper nya .
Ah Chai seorang pelajar yang pintar dalam semua subjek di sekolah nya . tetapi subjek bahasa melayu Ah Chai tidak dapat menguasai sepenuh nya . dia masih lagi di ajar cara mengeja dan membuat ayat walaupun dia sudah tingkatan dua . Cikgu Salmah berkata “Ah Chai cuba buat ayat dari perkataan ‘basuh’??” . Ah Chai mencuba ,”daddy aku puuuun suka nye mem basuhi rumah itu sampai putih nye adoii nye pun ” .
buat pengetahuan semua, Cikgu Salmah adalah guru yang ke 152 mengajar Ah Chai . guru2 sebelum ni semuanya berhenti akibat gelak yang berpanjangan dan tekanan yang melampau semasa mengajar Ah Chai . akhir nya pihak sekolah terpaksa  membuang Ah Chai dari sekolah kerana tidak dapat menanggung perbelanjaan rawatan hospital untuk guru2 yang mengajar Ah Chai . Ah Chai dengan marah berkata “cantik luar, cantik dalam, banyak cantik nye membuangkan aku sesuka hati in . berani pun tak nak aku duduk kan di sekolah lagi te ber adoii.”

dgan itu mereka bedua berazam utk berhijrah ke KL dan menjadi GENGSTER .bagaimanakah kisah merebutkawasan itu timbul ??nantikan episod akan dtg..!!!PART 2..

p/s: Wawa jgan copy..!!

LOS ANGELES -Pengarah Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg (gambar kecil) yang juga kakak pengasas laman itu, Mark Zuckerberg telah meletakkan jawatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 29 tahun dan bekas pelajar Universiti Harvard meletakkan jawatan setelah berkhidmat selama enam tahun.
Randi akan memulakan empayar media sosial dengan membantu syarikat-syarikat teknologi lain menjadi lebih mesra sosial dengan para pengguna.
Laman rangkaian sosial Facebook mengesahkan peletakan jawatan itu.
"Kami boleh mengesahkan bahawa Randi telah memutuskan untuk meninggalkan Facebook bagi memulakan syarikatnya sendiri," katanya dalam satu kenyataan Facebook.
Zuckerberg yang berusia 27 tahun menubuhkan Facebook pada 2004 dan harta kekayaannya dianggarkan bernilai AS$13.5 bilion (RM40.23 bilion).

Thursday, 4 August 2011



Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.
Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telahberhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.
Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya. Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu…beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,…patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt

Meniru Dlm Exam !!!



Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah: Ape buktinya?
Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

Popular Posts